suria

Akim Setia Pada Stacy

Stacy
Stacy
Stacy

PETALING JAYA: Bintang Cornetto Inikah Cinta, Akim AF7, 19, mengakui kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan Stacy AF6, 20.

Biarpun belum mengesahkannya sebagai pasangan kekasih, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui saling percaya mempercayai dan setia kepada kekasih.

Menurut Akim, dia seorang lelaki yang setia kepada kekasih dan tidak mudah untuk jatuh hati kepada wanita lain.

"Ya, sekarang saya sedang berkawan sangat rapat dengan Stacy. Saya senang berkawan dengan dia, saya mengkagumi dia sebagai seorang penyanyi yang betul-betul berusaha untuk berjaya.

"Sebagai lelaki saya adalah seorang yang setia kepada kekasih, tidak mungkin tercetus cinta lokasi dengan mana-mana perempuan yang akan berlakon atau menyanyi dengan saya," ujarnya yang bergandingan dengan Juliana Evans dalam drama mini bersiri Cornetto Inikah Cinta.

Jelas Akim, dia sedang merancang untuk mencipta lagu duet untuk "kawan rapatnya" itu dalam masa terdekat ini.

"Saya sedang rancang untuk beri lagu duet pada dia, kalau boleh memang kami ingin berduet sama tetapi melihat pada genre muzik kami berbeza ia agak sukar.

"Lagu dia lebih kepada pop dance, saya rasa tak sesuai untuk berduet bersama sebab tak pandai menari," katanya ketika majlis pelancaran drama terbarunya Cornetto Inikah Cinta.

Dalam pada itu, menurut Akim selepas sambutan pendengar terhadap lagu ciptaan pertamanya, Inilah Cinta, dia kini sedang giat menulis beberapa buah lagu lagi untuk album terbarunya.

Artikel Berikut

Artikel Lain