suria

Bung Nafi Cerai Isteri Pertama

Bung dan Zizie masih menanti rezeki anak.
Bung dan Zizie masih menanti rezeki anak.
Bung dan Zizie masih menanti rezeki anak.

PETALING JAYA: Selepas mahkamah mengesahkan pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dengan pelakon Zizie Izette, 32, pada Ogos lalu, khabar angin mengatakan Bung menceraikan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimuddin sebulan lalu tersebar luas.

Bagaimanapun, Bung menafikan hal cerai tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin kosong sahaja.

"Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana.

Zizie pula berkata, dia harap gosip sebegini tidak akan timbul lagi kerana risau jika ia mengguris hati pihak lain.

"Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya harap khabar angin ini tidak berlarutan kerana ia memberi impak kepada keluarga kami.

"Saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," ujar Zizie.

Tambah Zizie, selepas 10 bulan bergelar isteri, pelakon itu gembira dengan kehidupan barunya itu.

Cuma, dari segi karier, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu.

"Sekarang ini saya sibuk menemani suami memenuhi undangan majlis-majlis korporat. Oleh itu saya mempunyai masa yang sangat terhad sehingggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana kesibukan masa.

"Tambahan pula selepas berkahwin, suami sudah berpesan pada saya agar lebih memilih watak yang sesuai dengan status saya sekarang ini.

"Justeru itu, saya telah membuka syarikat saya sendiri iaitu 2121 Vision Pictures, diamana saya akan menjadi penerbit drama atau filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada saya," katanya yang tidak sabar untuk menimang anak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain