suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cher Bakal Berduet Dengan Lady Gaga

PENYANYI pop, Cher dikhabarkan akan berduet dengan penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga.

Idea untuk melakukan kolaborasi ini tercetus ketika kedua-dua mereka bertemu di MTV Video Muzik pada 10 September lalu.

Cher yang pertama kali bertemu Gaga menganggap mereka serasi bersama malah hubungan singkat itu semakin rapat bagaikan ibu dan anak.

"Sekarang hubungan mereka seperti ibu dan anak," kata penulis buku Cher, Mark Bego seperti dipetik dari National Enquirer, Jumaat.

Menurut Mark, Gaga dan Cher mempunyai kesesuaian kerana memiliki karekter yang hampir sama. Malah bukan sahaja dari segi berpakaian dan sikap tetapi kedua-duanya mempunyai pendapat yang menyokong hubungan sejenis.

"Mereka sedang membincangkan soal konsert dan kemungkinan sedang mempersiapkan projek duet bersama," kata Bego.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain