suria

Suami Sandra Bullock "Penipu Kronik": Lindemulder

Sandra Bullock ketika bersama suaminya Jesse James di Anugerah Akademi ke-80.
Sandra Bullock ketika bersama suaminya Jesse James di Anugerah Akademi ke-80.
Sandra Bullock ketika bersama suaminya Jesse James di Anugerah Akademi ke-80.

PELAKON filem lucah yang juga bekas isteri suami pelakon terkenal Sandra Bullock, Janine Lindemulder mendedahkan bahawa Jesse James merupakan seorang penipu yang hebat.

Lindermulder memberitahu, Bullock telah ditipu oleh suaminya yang ingin melepaskan diri daripada kesalahannya.

"Saya mohon maaf kepada Sandra kerana mendedahkan perkara itu kerana saya tahu dia sangat menyayangi Jesse,' kata Lindemuder.

Lindemulder, 41, dikatakan kerap kali meninggalkan rumahnya di Oregon kerana untuk mengelak daripada membayar cukai.

Bullock pernah memberitahu dia hanya mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya dan kini lelaki tersebut membelakanginya.

Hasil perkahwinan dengan James, Lindermulder mempunyai seorang anak perempuan. Dia juga mengakui, James pernah menipunya selepas mereka berkahwin pada tahun 2002.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain