suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yuni Shara Bangga Tayang Kekasih Mudanya

PASANGAN yang sedang hangat bercinta, artis mudaRaffi Ahmad dan kekasihnya, Yuni Shara khabarnya sedang merancang untuk membuat persiapan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.

Khabar ini menjadi lebih kencang ketika Raffi baru menyambut ulang tahun ke-23 Raffi yang dirayakan secara istimewa baru-baru ini.

Ibu Raffi juga sudah memberi lampu hijau atas hubungan tersebut.

Namun Raffi menafikan yang dia akan berkahwin dengan penyanyi janda beranak dua itu.

Kata Raffi, dia belum memikirkan soal pernikahannya dengan janda Henry Siahaan tersebut.

"Nikah? Masih banyak pekerjaan yang harus dilakukan. Saya masih ingin cari wang banyak," kata Raffi.

Sejak kebelakangan ini, hubungan pasangan ini seperti belangkas.

Pada awalnya, Yuni dan Raffi berusaha menutup hubungan mereka tapi lama kelamaan mereka lebih berani menunjukkan keintiman mereka kepada umum.

Malah, pasangan ini sedikit pun tidak berasa malu dengan perbezaan umur yang begitu jauh itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain