suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bradley Cooper gagal sesi uji bakat watak 'Batman'

Bradley Cooper ketika menghadiri tayangan perdana filem 'All About Steve' di Hollywood, California. foto-REUTERS
Bradley Cooper ketika menghadiri tayangan perdana filem 'All About Steve' di Hollywood, California. foto-REUTERS
Bradley Cooper ketika menghadiri tayangan perdana filem 'All About Steve' di Hollywood, California. foto-REUTERS

BRADLEY Cooper menyalahkan hero filem 'The Dark Knight' Christian Bale kerana menyebabkan dia terlepas peluang untuk memegang watak utama dalam filem superhero 'Batman' baru yang akan datang bertajuk 'The Green Lantern'.

Ketika sesi uji bakat itu, Bradley sendiri meranapkan impianya kerana berusaha meniru penampilan Christian Bale dan juga suara seraknya.

Bradley mengatakan dia tahu kesemua krew yang terlibat dalam sesi uji bakat itu akan ketawa terbahak-bahak melihat gaya 'Batman' lakonannya.

"Saya tidak dapat meniru gaya 'Batman' Christian Bale ketika sesi uji bakat itu.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan. Ketika itu saya hanya memakai topeng 'batman' dan mengatakan 'sayalah batman'.

"Apabila menonton rakaman tersebut semula, saya sangat terkejut kerana saya seperti berada dalam rancangan komedi 'Saturday Night Live'... dan ketika itulah saya sedar harapan saya untuk berlakon dalam filem itu musnah," kata Bradley.

Watak itu dikatakan akan dilakonkan oleh Ryan Reynolds.

Artikel Lain