Zizan gapai impian jadi Superhero dalam ‘Kapoww’! - Hiburan | mStar

Zizan gapai impian jadi Superhero dalam ‘Kapoww’!

Zizan (kanan) ketika mengendalikan program Raja Lawak musim ketiga. -foto Astro
Zizan (kanan) ketika mengendalikan program Raja Lawak musim ketiga. -foto Astro

BUKAN senang hendak menjadi seorang superhero di alam realiti ini, justeru bagaikan bulan jatuh ke riba apabila pelakon dan pengacara Zizan diberikan peluang untuk melakonkan watak tersebut di dalam filem ‘Kapoww’.

Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 25, dalam nada lawak:

"Saya kira tawaran berlakon filem itu bukan lagi tahap bulan biasa yang jatuh ke riba tetapi ‘bulan gerhana’.

"Saya memang rasa berbesar hati dan memang tidak menyangka kerana terpilih.

"Terima kasih saya ucapkan kepada produksi Tayang Unggul Sdn. Bhd. kerana memberi penghormatan ini kepada saya."

Luah anak muda berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini, lebih menggembirakannya apabila filem arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan merupakan filem pertamanya memegang watak utama.

"Filem ini merupakan filem ketiga saya selepas filem Pari-Pari dan Lu Fikirlah Sendiri Nabil.

"Di dalam dua filem tersebut, saya hanya melakonkan watak pembantu dan penampilan istimewa," kata Zizan.

Ditanya tentang reaksinya selepas membaca skrip filem tersebut, Zizan berkata apa yang difahaminya mengenai filem ini adalah ia seakan-akan filem Spiderman.

"Saya sudah selesai membaca skrip filem ini dan mencuba kostum superhero itu.

"Ceritanya lebih kurang sama dengan filem superhero luar di mana pengenalan filem ini menceritakan tentang orang biasa yang mempunyai kuasa luar biasa hingga bertukar menjadi superhero.

"Kiranya filem ini boleh dikatakan seolah-olah seperti filem ‘Spiderman’.

Tetapi ‘Kapoww’ tetap mempunyai kelainan yang membuatkannya lain daripada yang lain. Kita kena tengok dulu bagaimana nanti..," ulas Zizan mengenai filem yang bakal ditayangkan pada bulan September ini di pawagam.

Ketika artikel ini ditulis, Zizan telah mula berlakon di dalam filem yang dijangka mengambil masa pengambaran selama 35 hari ini.

"Kemungkinan filem ini juga akan menggunakan banyak teknik CGI sebagaimana Azizi menggunakan teknik tersebut di dalam filem pertamanya, Antoo Fighter.

"Selain itu, saya berasa bertuah kerana boleh bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat dan terkenal di Malaysia seperti Lisa Surihani, Norlia Ghani, Afdlin Shauki, Awie dan Harun Salim Bachik.

"Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik dengan bantuan mereka ini," tutur Zizan.

Mengenai bagaimana dia boleh terlibat di dalam filem tersebut, jelas Zizan: "Pada awal Azizi menawarkan lakonan filem ini, saya dapati saya tidak mungkin dapat menerimanya selepas melihat jadual kerja yang padat yang diaturkan oleh pihak Astro.

"Kemudian, sekali lagi Azizi bertanya dan dia katakan hendak mengambil saya berlakon juga sehingga bersetuju untuk mengikut jadual kerja saya.

"Oleh itu, disebabkan mempunyai komitmen dengan filem ini, terpaksalah saya menolak tawaran lain seperti berlakon telefilem dan drama.

"Tetapi, saya masih mengendalikan program Raja Lawak musim kedua kerana terlebih dahulu mengikat kontrak."

Tambah Zizan, tidak salah sekiranya dia mempunyai angan-angan untuk mencuba nasib di dalam bidang perfileman pula.

"Jika sebelum ini, orang lebih mengenali wajah saya menerusi televisyen, jadi tidak salah jika saya ingin serius dan menumpukan perhatian kepada layar perak pula," ujar Zizan yang pertama kali bekerjasama dengan Azizi.

Beritahu naib juara Raja Lawak musim pertama ini lagi, sebolehnya dia tidak mahu terlalu menonjolkan lawak di dalam filem aksi komedi ini.

"Saya akan cuba mengeluarkan lawak yang ringkas dan senang difahami oleh penonton.

"Apa yang saya hendak tonjolkan tidak perlu nampak keterlaluan. Saya akan cuba lakukan yang terbaik ibarat ‘meniti atas pedang’.

"Saya juga memperbanyakkan kajian seperti menonton banyak filem superhero iaitu Cicakman, Superman, Batman dengan mengkaji apa yang mereka lakukan dan tabiat yang terdapat di dalam diri seorang superhero," akhirinya yang pernah berlakon di dalam program LawaKing, drama Pasrah dan Gaia.

Selain berlakon, Zizan juga mempunyai pengalaman mengacarakan beberapa program seperti AC Di Sini, Raja Lawak Musim Kedua/ Ketiga, Jozan, Bintang Idola 2009 dan Gempak Selebriti.

Artikel Sebelum

Zeyna terhutang budi dengan Sazzy Falak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain