suria

Anak larang Kate pakai baju warna 'pink'

Anak Kate Winslet melarangnya memakai baju berwarna 'pink'
Anak Kate Winslet melarangnya memakai baju berwarna 'pink'
Anak Kate Winslet melarangnya memakai baju berwarna 'pink'

AKTRES yang mendapat percalonan di Anugerah Oskar Kate Winslet mendapat khidmat nasihat berkenaan pemakaian baju dari anaknya, Mia yang berusia lapan tahun.

Rupa-rupanya Mia sudah lama memberi pandangan dan nasihat kepada ibunya itu. Mia ialah anak Winslet dengan suami pertama, Jim Threapleton.

Winslet memberitahu perkara ini ketika ditemubual dalam satu rancangan TV baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Kate berkata: "Saya ada seorang anak perempuan berusia 8 tahun yang obses tentang fesyen. Baru semalam, dia berkata kepada saya: 'Mak, saya nak tanya satu soalan peribadi. Kenapa awak suka sangat pakai baju warna hitam?'"

Kemudian Kate bertanya Mia, "Ok tak kalau saya memakai baju warna pink."

Dan Mia terus menjawab, "Pink tak boleh. Sesiapapun yang berusia 10 ke atas, tidak boleh memakai baju warna pink."

Nampaknya ibu dan anak mempunyai citarasa yang sama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

Artikel Lain