suria

Chris Brown disoal siasat polis, Rihanna tarik diri dari Grammy

Chris Brown gagal beraksi di Grammy gara-gara dituduh menyerang seorang wanita semalam
Chris Brown gagal beraksi di Grammy gara-gara dituduh menyerang seorang wanita semalam
Chris Brown gagal beraksi di Grammy gara-gara dituduh menyerang seorang wanita semalam

[SEMASA] LOS ANGELES: Kemeriahan acara berprestij Anugerah Grammy ke-51 yang berlangsung hari ini turut terselit 'drama' di belakang tabir apabila penyanyi popular Chris Brown gagal menghadiri majlis tersebut gara-gara disoal siasat oleh polis kira-kira 90 minit sebelum acara itu bermula, ekoran dituduh menyerang seorang wanita yang tidak dikenali semalam.

Brown yang turut tercalon serta dijadualkan membuat persembahan pada Grammy kali ini dikatakan telah pergi ke balai polis untuk disoal siasat dan menurut jurucakap polis, Brown bagaimanapun tidak ditahan.

Difahamkan, Brown telah diikat jamin sebanyak $50,000.

Menurut laporan polis, Brown dan seorang wanita menaiki sebuah kereta di kawasan Hancock Park semalam dan kemudiannya mereka dikatakan bertengkar. Brown dilaporkan telah memberhentikan kereta dan kedua-duanya keluar dari kereta tersebut dan meneruskan pertengkaran.

Wanita terbabit dilaporkan mengalami sedikit kecederaan ketika polis tiba di tempat tersebut dan memberitahu polis bahawa Brown telah menyerangnya. Bagaimanapun, ketika itu Brown telah meninggalkan tempat tersebut.

Bagaimanapun, punca kegagalan Brown beraksi di Grammy masih kabur sama ada penyanyi itu sendiri yang menarik diri atau pun disingkirkan oleh pihak penganjur sendiri gara-gara insiden itu.

Bukan saja Brown, malah kekasihnya Rihanna yang juga sepatutnya turut membuat persembahan di Grammy juga menarik diri di saat-saat akhir tanpa diketahui punca sebenarnya sama ada ia turut berkaitan dengan kes tersebut.

Rihanna sepatutnya mempersembahkan lagu Live Your Life dan Disturbia manakala Brown pula menerusi lagu Forever. Kedua-duanya turut dicalonkan di dalam katogeri vokal bagi kolaborasi; Brown bersama Jordin Sparks manakala Rihanna dicalonkan bersama Maroon 5.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain