suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selipar RM30 dipakai G-Dragon habis terjual, peminat tak sia-sia gelarnya ‘Sold Out King’

Harga selipar refleksologi berkenaan dilaporkan melonjak selepas tular.

PENANGAN populariti anggota kumpulan Bigbang iaitu G-Dragon sebagai tukang pelaris produk memang tidak boleh disangkal lagi.

Koreaboo melaporkan selipar dipakai G-Dragon atau Kwon Jiyoung ketika pengambaran muzik video terbaharunya dilaporkan laku keras.

Malah selipar refleksologi berharga KRW8,000 atau sekitar RM30 dikatakan licin menerusi laman web Coupang.

Copy of Untitled - 2024-11-05T141719.031

Harga selipar tersebut melonjak sehingga sepuluh kali ganda.

Harga tersebut bagaimanapun dijangka bakal melonjak sehingga 10 kali ganda dek permintaannya yang tinggi.

Sementara itu, rata-rata netizen tidak menolak kemungkinan selipar berkenaan tular kerana harganya yang murah dan berpatutan.

Tak kurang juga ada kagum melihat impak G-Dragon mempromosikan barangan jenama mewah mahupun perniagaan kecil-kecilan.

"Akhirnya ada juga barang murah yang saya boleh beli, selalunya jemana mewah saja GD pakai.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon buka akaun IG baharu sempena hari jadi ke-34

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon buat ‘comeback’, peminat terkejut suara dah berubah lebih garau... Ada pula samakan macam T.O.P

"Tiba-tiba harga selipar pun naik, seronok bila tengok selebriti ternama macam dia pun beli barang macam orang biasa," komen netizen.

Sebelum ini, G-dragon dikenali dengan jolokan 'Sold Out King' kerana mampu melariskan jenama lain dengan menggunakan sendiri barangan berkenaan tanpa mengharapkan bayaran.

Antara jenama yang pernah tular disebabkan bintang Kpop itu termasuklah Nike, LH.A.S dan Casio G-Shock.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain