suria

Lee Seung Gi kini bergelar bapa, isteri selamat bersalin bayi perempuan

Da In dan Seung Gi berkahwin pada April 2023.

PASANGAN pelakon Korea Selatan Lee Seung Gi dan Lee Da In berkongsi detik bahagia memaklumkan mereka menimang cahaya mata pertama pada Isnin.

Berita gembira itu disampaikan oleh pihak agensi mereka yang memberitahu Da In selamat melahirkan bayi perempuan.

"Kami ingin sampaikan berita gembira daripada Lee Seung Gi dan Lee Da In yang Lee bahawa mereka kini bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan," kata kenyataan tersebut.

Lee Da In selamat lahirkan bayi perempuan

Lee Da In teruja dapat anak pertama.

Dalam pada itu aktres dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan Da In meluahkan rasa syukur dengan kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

Ketika ini Da In dikhabarkan masih lagi berada di hospital menerima rawatan dan menunggu kebenaran daripada pihak doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seung Gi bakal jadi bapa, Da In dijangka bersalin Februari 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Da In tergesa-gesa kahwin Lee Seung Gi bukan sebab sudah hamil

"Saat ini ibu mahupun anak berada dalam keadaan sihat dan berasa syukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku sewaktu melahirkan bayi ini," ujarnya.

Seung Gi dan Da In mendirikan rumah tangga pada 7 April lalu di sebuah hotel di daerah Gangnam selepas hampir tiga tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain