suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat wanita ditahan ekori V BTS, rupanya ada rekod kesalahan sama

Pihak pengurusan bimbang privasi V diganggu.

SEORANG wanita berusia 20-an ditahan polis Korea Selatan atas dakwaan menganggu salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V.

Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis itu, wanita berkenaan menunggu V atau Kim Tae Hyung, 28, di luar kawasan perumahan milik penyanyi tersebut.

Dia kemudian memasuki tempat letak kereta kondominium berkenaan apabila melihat kenderaan yang membawa V masuk ke ruang berkenaan.

v bts 3

V diganggu wanita tidak dikenali.

Tidak berhenti di situ dia turut mengekori V sehingga masuk ke dalam lif dan cuba berbual dengan penyanyi pujaannya itu.

Wanita itu juga bertindak pelik apabila menyerahkan sijil daftar pernikahannya kepada V tanpa sebarang tujuan sebelum dia berlalu pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada karisma tersendiri, V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bertuah luang masa seharian bersama V (BTS), terus lulus peperiksaan masuk tentera

Susulan kejadian itu pihak polis berjaya membuat penahanan berdasarkan maklumat pada dokumen yang diberikan kepada V.

Polis juga menyebut wanita tersebut mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini.

Pihak pengurusan BTS dalam satu kenyataan menyebut mereka tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana perbuatan menggangu artis mereka selain mengancam keselamatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia