suria

Dua tahun derita kanser payudara, Marshanda sudah pulih selepas cuba rawatan tradisional 

Marshanda sebelum ini mendedahkan menghidap kanser payudara.

PELAKON Marshanda memaklumkan dia kini bebas daripada kanser payudara yang dideritainya sejak dua tahun lalu.

Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, berkata, sepanjang tempoh itu dia sudah melalui pelbagai rawatan di hospital namun mendakwa dia pulih selepas mencuba kaedah tradisional.

"Saya bukan anti perubatan moden cuma saya berusaha pelbagai jenis rawatan bagi memastikan kesihatan saya kembali pulih.

Marsha

Marshanda bersyukur bebas dari penyakit kanser payudara.

"Saya telah cuba macam-macam cara termasuk rawatan kimoterapi tetapi Alhamdulillah kaedah tradisional yang menyembuhkan saya," katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Menurut Marshanda, pemeriksaan ultra bunyi yang dibuat baru-baru ini mengesahkan sel kanser di dalam tubuhnya sudah tiada.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan ketumbuhan baharu di payudara Marshanda... Dulu terpaksa pinjam duit untuk rawatan kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Marshanda cerita kisah di LA, dibawa ke hospital sakit jiwa selepas dilaporkan hilang

Pun begitu, dia tetap perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan bagi memastikan sel tersebut tidak kembali di dalam tubuh.

"Alhamdulillah saya benar-benar sudah sihat dan hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan.

"Saya anggap ini satu keajaiban buat diri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain