suria

Gara-gara kontroversi aksi lucah, Hwasa (Mamamoo) menangis baca komen melampau netizen

Hwasa menerima banyak kecaman gara-gara aksi keterlaluan di atas pentas.

ANGGOTA kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa menerima kecaman teruk disebabkan kontroversi melakukan aksi lucah ketika membuat persembahan di Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan pada Mei lalu.

Mengulas tentang komen yang diterima, Hwasa, 28, berkata komen negatif itu memberikan kesan yang cukup mendalam buat dirinya.

Meskipun menerima dengan hati terbuka segala kritikan namun ada dalam kalangan netizen yang melampaui batas sehingga meninggalkan komen keterlaluan mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat terima trofi di Festival Filem Venice, aktor ‘My Fault’ kena tahan buat serangan seksual

"Saya menerima banyak mesej ketika tiba di Amerika Syarikat dan tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya sedar ia berkaitan tentang kontroversi yang sedang berlaku ketika itu namun ada komen yang diberikan adalah keterlaluan. Saya tidak marah mereka memberikan komen, bagaimanapun ia boleh dikatakan agak melampau," ujarnya dalam satu temu bual.

Kata Hwasa lagi, kontroversi yang berlaku itu juga sedikit sebanyak menyebabkan emosinya terjejas sehingga mengganggu salah satu persembahan bersama Mamamoo di Amerika Syarikat baru-baru ini.

hwasa 2

Aksi keterlaluan Hwasa menimbulkan kemarahan ramai.

"Pada waktu itu merupakan persembahan pertama kami di AS, jadi saya perlu mengawal diri. Saya perlu beraksi normal di hadapan peminat di sana.

"Namun selepas tamat persembahan saya tidak dapat mengawal perasaan dan menangis. Malah ketika di hotel juga saya keluar dan menangis di tempat parkir.

"Saya tidak pernah abaikan segala komen namun kali ini ia menyakitkan," jelasnya.

Persembahan kontroversi Hwasa sebelum ini turut mencuri perhatian persatuan ibu bapa sehingga satu laporan polis dibuat terhadap dirinya.

Pada acara berkenaan, Hwasa yang menyanyi lagu Don't Give berani beraksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas.

Bukan itu sahaja dia secara spontan menjilat tangan sendiri sebelum menyapunya ke bahagian kelangkang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain