suria

Aurel dedah pernah bersemuka netizen kutuk anak, tapi pilih maafkan kerana kasihan 

PENYANYI Aurel Hermansyah mendedahkan pernah bersemuka dengan netizen yang memberi komen jahat ketika dia sedang hamil anak pertamanya.

Aurel atau Titania Aurel Nurhermansyah berkata, apa lebih menyedihkan apabila individu yang memberi kecaman kepadanya itu merupakan seorang guru bahasa Arab.

"Waktu mengandung dulu, saya pernah bersemuka dengan mata dengan netizen yang kutuk saya.

"Saya sangat sakit hati mungkin sebab hamil, jadi emosi waktu itu tidak stabil," katanya.

Aurel berang ada netizen kutuk anak perempuannya

Aurel berkata, dia hilang sabar disebabkan kata-kata diberikan oleh netizen tersebut sudah melampaui batas dan menyebabkan dia hampir membuat laporan polis.

Tambah Aurel, netizen bersikap biadab itu turut menggelar bayi perempuan yang sedang dikandung sebagai anak luar nikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti dan Ashanty terlalu melindungi cucu pertama, Aurel Hermansyah rasa terpinggir sebagai ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Sering diejek kerana anak selebriti terkenal, Aurel Hermansyah cadang sekolahkan Ameena di luar negara

"Saya tengah mengandung, dia maki saya. Dia doakan semoga anak saya dilahirkan dengan penyakit autisme. Sakit sangat hati saya.

"Bayangkan waktu itu tengah mengandung, ada orang beri komen macam itu," ujarnya.

Bagaimanapun, setelah berjumpa dengan individu itu, Aurel dan suaminya Atta Halilintar pilih untuk melupakannya kerana berasa kasihan dengan ibu bapa si pelaku.

Aurel dan Atta mempunyai seorang anak perempuan, Ameena Hanna Nur Atta

Apatah lagi, dia turut meminta maaf kepada Aurel dan Atta atas tindakannya serta menyesal.

"Kami jumpa dengan ibu bapanya dan kami buat keputusan untuk memaafkan kerana kesian dengan orang tuanya itu.

"Dia minta maaf ketika kami datang untuk jumpa," ujarnya.

Untuk rekod, Aurel berkahwin dengan Atta Halilintar pada 3 April 2021 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata wanita iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang kini berumur 11 bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain