suria

Didakwa bercinta dengan transgender, Isa Zega tampil perjelas hubungan dengan Rizky Billar

Rizky Billar didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Isa Zega sebelum jadi pelakon.

GARA-gara terlibat dalam keganasan dalam rumah tangga, kisah silam Rizky Billar mula menjadi bualan netizen dan liputan media.

Terbaharu, Rizky didakwa pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang transgender dikenali sebagai Isa Zega.

Memetik laporan Intip Seleb, Isa Zega atau lebih mesra dengan panggilan 'mami' dipercayai menjalankan hubungan istimewa dengan suami kepada Lestri Kejora suatu ketika dahulu.

Isa Zega muat naik gambar bersama Rizky Billar suatu ketika dulu.

Difahamkan, mereka menjalinkan hubungan istimewa sebelum Rizky memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Lebih memanaskan keadaan apabila Isa Zega turut memuat naik foto yang memaparkan dia dan Rizky berpeluk mesra bersama rakan-rakan mereka.

"Yang tanya mami ada hubungan apa sama Billar? Ini dijawapan mami, mami sama Billar teman lama, jauh sebelum dia terkenal," katanya.

ARTIEKL BERKAITAN: Kisah lama terbongkar, Rizky Billar didakwa pernah jadi gigolo dan ada anak dengan wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Cekik dan pukul Lesti Kejora! Polis panggil Rizky Billar beri keterangan dakwaan keganasan rumah tangga

Perkara itu dikongsikan Isa Zega menerusi Instagram miliknya.

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis yang mendakwa suaminya telah melakukan keganasan rumah tangga sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan selepas Rizky kantoi curang.

Lesti dan Rizky telah bernikah pada Ogos 2021 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain