suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cita Citata kesan individu dari Malaysia guna namanya untuk menyamar di Facebook

Cita Citata sudah selesai jalani tempoh kuarantin selama dua minggu.

PENYANYI Cita Citata kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mencipta akaun Facebook.

Cita Citata menerusi laman Instagram milik berkata dia sudah memohon individu tersebut untuk memadam akaun itu namun tiada respon yang diterima.

Bimbang individu itu mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya, Cita Citata berharap orang ramai dapat membantu melaporkan akaun tersebut sehingga disekat.

Cita Citata 1

Cita Citata berkongsi perkara itu di Instagram.

"Saya sudah minta baik-baik dan bercakap dengan orang yang buat (cipta akaun) tapi tak ada balas apa-apa. Ini akaun Facebook palsu.

"Boleh tak, kalau kita sama-sama report, takut nanti ada penipuan atas nama Cita," katanya yang turut memberitahu akaun itu dibuat oleh individu dari Malaysia.

Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu turut memuat naik paparan skrin profile akaun tersebut yang kini mempunyai lebih 1.4 juta pengikut.

Dalam perkembangan lain, Cita Citata akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu dan kini bebas daripada jangkitan Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain