suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak pertama baru berusia lima bulan, isteri Opick hamil lagi cahaya mata kedua

Bebi melahirkan cahaya mata sulungnya pada 10 Julai tahun lalu.

SELEPAS lima bulan melahirkan cahaya mata sulung, isteri kepada penyanyi dan pendakwah terkenal Indonesia Opick iaitu Bebi Silvana kini hamil anak kedua.

Menerusi Instagram, Bebi meluahkan rasa syukur dan memohon doa daripada orang ramai agar kandungannya selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... selepas tiga tahun berkahwin, isteri Opick umum hamil!

“Alhamdulillah, majlis empat bulan kehamilan saya yang kedua berjalan dengan lancar malam tadi.

"Saya juga memohon doa daripada rakan-rakan semua supaya kelahiran dipermudahkan.

"Semoga saya dan bayi sihat, selamat serta tiada kekurangan apa pun... amin yarabbal alamin," tulisnya di Instagram.

Kandungan Bebi kini sudah memasuki usia empat bulan.

Anak pertama Bebi dan Opick iaitu Maulana Muhammad Hasan Abdullah El Firdaus dilahirkan pada 10 Julai tahun lalu.

Pasangan suami isteri ini bernikah pada 17 Disember 2018 dan Opick sendiri mempunyai 5 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.-TRIBUNSOLO

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain