suria

Rupa-rupanya ini punca Jada Pinkett Smith berkepala botak... Harap tiada lagi peminat tanya

Jada Pinkett Smith menghidap Alopecia.

SELEPAS beberapa bulan tampil dengan imej berkepala botak, pelakon Jada Pinkett Smith akhirnya mendedahkan dia menghidap Alopecia.

Katanya kesan perubahan akibat penyakit itu kini dapat dilihat dengan jelas dan dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.

"Pada ketika ini saya hanya boleh tertawa, anda semua tahu selama ini aku cuba untuk melawan sakit Alopecia dan secara tiba-tiba ada garis di kepala," katanya.

Dia berkata demikian menerusi perkongsian di Instagram.

Isteri kepada Will Smith ini menunjukkan garis tersebut kepada orang ramai agar dia tidak terus dihujani pertanyaan tentang keadaan dirinya.

"Saya perlu menjelaskannya supaya tiada siapa menganggap saya menjalani pembedahan otak atau sebagaimua.

"Saya dan Alopecia ini akan menjadi kawan rapat!" - CNN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain