suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sibuk khidmat tentera, Jang Ki Yong tetap hantar 'coffee truck' ke set penggambaraan Hyeri

Hyeri dan Jang Ki Yong mula rapat sejak bergandingan dalam drama My Roomate is Gumiho.

SEDANG berkhidmat dalam tentera, pelakon Jang Ki Yong tetap mencari masa untuk membuat kejutan kepada aktres dan ahli kumpulan Girl's Day iaitu Hyeri.

Menerusi laman Instagram Hyeri mengucapkan terima kasih kepada Jang Ki Yong yang menghantar 'coffee truck' di set penggambarannya drama terbaharunya.

"Saya menikmati minuman kopi yang dihantar oleh orang tua (Jang Ki Yong). Keadaan agak gila untuk awak sekarang tapi tetap awak ambil berat tentang saya.

"Saya sangat terharu. Seperti yang dijangka Jang Ki Yong... awak sangat kool, kacak, terbaik. Saya akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan penggambaran.

"Terima kasih sangat," tulis Hyeri di kapsyen perkongsiannya itu.

Hyeri dan Jang Ki Yong mula berkawan baik selepas mereka digandingkan dalam drama siri popular My Roomate is Gumiho.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia