suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pinggul kecil punca isteri Raffi Ahmad pilih bersalin secara pembedahan, trauma pengalaman lahir anak pertama

Nagita bersama ibu mentuanya, Amy (kanan).

ISTERI kepada selebriti Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina terpaksa melahirkan anak keduanya pada Jumaat secara pembedahan atas nasihat doktor.

Ibu kepada Raffi iaitu Amy Qanita berkata menantunya mempunyai pinggul yang kecil menyukarkan untuk melahirkan bayi secara normal.

"Gigi (Nagita) kan memang mempunyai pinggul yang kecil. Jadi doktor kena pantau. Berat badan bayinya juga menyukarkan untuk melahirkan secara normal," katanya.

Dalam pada itu, Amy turut memberitahu pengalaman melahirkan anak pertama membuatkan Nagita berasa trauma.

"Waktu melahirkan anak pertama memang secara normal tapi Nagita melalui proses yang amat menyakitkan. Sebab itu kali ini ambil keputusan untuk pembedahan," ujarnya.

Nagita selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Baby R di RS Bunda, Menteng, Jakarta.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Raffi pada 17 Oktober 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama bernama Rafathar Malik Ahmad pada 15 Ogos 2015. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia