suria

Kwon Sang Woo selamat jalani pembedahan buku lali, Son Tae Young harap suami sentiasa jaga kesihatan

Son Tae Young syukur pembedahan suaminya, Kwon Sang Woo berjalan dengan lancar.

ISTERI kepada pelakon Kwon Sang Woo iaitu Son Tae Young yang juga seorang pelakon meluahkan rasa syukur apabila pembedahan buku lali suaminya berjalan dengan lancar.

Memetik laporan Soompi, Son Tae Young turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bimbang dengan keadaan suaminya yang mengalami kecederaan di bahagian tersebut.

"Terima kasih kepada peminat yang risau dengan kami... pembedahan berjalan dengan lancar. Dia sudah lama alami kecederaan pada buku lali.

"Selepas itu, setiap kali dia jalani penggambaran filem atau drama, dia memerlukan pelakon aksi lain untuk membantunya dalam babak aksi," katanya.

Dalam pada itu, Son Tae Young juga menasihati suaminya untuk sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat meneruskan karier lakonan dalam jangka masa yang panjang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain