suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paris Jackson keluar makan dengan lelaki misteri selepas sebulan putus cinta

Paris keluar makan dengan jejaka misteri selepas sebulan putus cinta.

SELEPAS sebulan mengumumkan perpisahannya dengan Gabriel Glenn, model terkenal Paris Jackson dilihat meluangkan masa dengan jejaka misteri pada malam, Jumaat lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto Paris Jackson yang menggayakan pakaian kasual ketika ingin keluar makan malam dengan lelaki tersebut di San Vicente Bungalow in West Hollywood, CA menjadi perhatian.

Bagaimanapun, sehingga kini Paris Jackson tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan saja identiti individu tersebut menjadi misteri.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi terkenal Michael Jackson itu dan Gabriel mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

"Paris dan Gabriel sudah berpisah. tapi ia berlaku secara baik dan antara mereka tiada masalah atau simpan perasaan marah.

"Hubungan mereka tidak berpanjangan dan sudah tiba masa untuk Paris teruskan hidupnya," kata sumber.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain