suria

Lisa Blackpink wanita paling cantik di Asia tahun 2019

Lisa Blackpink raih undian tertinggi Wanita Tercantik Asia 2019

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Lisa meraih undian tertinggi daripada peminat yang melayakkannya menduduki tempat pertama senarai 'Wajah Wanita Tercantik Asia 2019' dalam satu kajian dikeluarkan oleh TCC Asia. 

Kesemua anggota kumpulan Blackpink tersenarai dalam 'Top 100 Wanita Tercantik 2019', di mana Jennie mendapat tempat ketiga, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo di tempat ke 22. 

Sementara itu, selebriti Xiao Zhan berjaya tersenarai tempat pertama sebagai 'Wajah Lelaki Terkacak Asia 2019'. 

Xiao raih undian tertinggi 'Wajah Lelaki Terkacak Asia 2019'

Xiao mula mengukir nama selepas dia digugurkan dalam drama The Untamed yang berjaya memukau penonton di saluran televisyen China. 

Dalam pada itu, artis Bollywood terkenal Aamir Khan juga tercalon dalam 'Top 100 Lelaki Terkacak 2019'. 

Syarikat induk TCC Asia ialah TC Candler, yang menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990. 

SUMBER: THE STAR

Lisa Blackpink

Artikel Lain