suria

Hayden Panettiere tinggalkan teman lelaki kaki pukul, kini bercinta dengan abang bekas teman lelaki

PEMINAT Hayden Panettiere akhirnya menghela nafas lega apabila aktres itu akhirnya mengumumkan perpisahan dengan teman lelakinya, Brian Hickerson yang didakwa kaki pukul.

Berita baik itu bagaimanapun disifatkan sementara buat peminatnya apabila aktres itu dikhabarkan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan abang bekas teman lelakinya iaitu Zach Hickerson.

Menurut sumber terdekat, Hayden dan Zach sudahpun menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu selepas beberapa kali dilihat berpegangan tangan Zach.

"Agak janggal untuk saya mendedahkan mengenai hal ini.

"Saya sendiri keliru adakah pilihan Hayden ini pilihan bijak?

Hayden meluangkan masa bersama dan sering dilihat berpegangan tangan dengan Zach.

"Yang pasti, Zach bukan kaki pukul atau panas baran jika dibandingkan dengan Brian," ujarnya.

Bagaimanapun, hubungan pasangan itu mencetuskan rasa kurang senang peminat dengan pilihan hati pelakon terkenal itu gara-gara hubungan adik-beradik yang terjalin antara Zach dan Brian.

Rata-rata mereka bimbang akan keselamatan Hayden yang pernah dikasari bekas teman lelakinya itu.

Dalam perkembangan lain, Brian bakal berdepan hukuman penjara bagi tuduhan melakukan keganasan domestik selepas Hayden membuat laporan polis gara-gara dikasari teman lelakinya itu sebelum ini. - thehollywoodgossip.com

Hayden Panettiere

Artikel Lain