suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak-anak semakin besar dan banyak perubahan” - Luahan Angelina Jolie sentuh hati peminat

Angelina Jolie hargai waktu bersama anak-anak dan bawa mereka ke lokasi penggambaran. Foto: Kapan Lagi

SETELAH bercerai dengan aktor Brad Pitt, pelakon Angelina Jolie memilih untuk menjaga enam orang anaknya secara bersendirian.

Menerusi temubual bersama majalah Hello!, Angelina membuat luahan mengenai anak-anaknya sehingga menyentuh hati peminat.

Pelakon itu mula merasakan anak-anaknya semakin dewasa dan banyak perubahan rutin berlaku dalam kehidupannya.

Bagi menghargai waktu bersama anak-anak, Angelina membawa mereka ke lokasi penggambaran dan mendedahkan mereka dengan dunia pengarahan.

"Mereka berkelakuan baik di lokasi, tetapi kalau dia lihat saya berlakon, mereka rasa kelakar sebab dah kenal saya orangnya macam mana.

"Mereka terbiasa lihat saya memakai baju tidur, kurang pandai memasak dan sedikit gelabah!," katanya.

Jolie, 44, dan Brad Pitt mula menjalinkan hubungan pada akhir 2005 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2014.

Mereka berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun menjalinkan percintaan dan dua tahun sebagai suami isteri.

Mereka adalah ibu bapa kepada Maddox, 18, Pax, 16, Zahara, 14, Shiloh, 13 serta pasangan kembar Knox dan Vivienna, 11.

SUMBER: Hello & Kapan Lagi

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain