Selebriti Indonesia 'naik hantu' peminat tiru nama anak, “Serius... bayi kamu tidak layak dinamakan dengan nama itu”

Netizen mengecam tindakan Franda yang dianggap keterlaluan.

PERSONALITI televisyen Indonesia, Efranda Stefanus menerima kecaman netizen kerana bertindak keterlaluan apabila meluahkan perasaan bengangnya terhadap seorang wanita kerana dikatakan meniru nama anak perempuannya, Zylvechia.

Ia bermula selepas Efranda atau Franda meluahkan rasa tidak puas hati di sebuah akaun Instagram @zylvechia_kimberly.

Franda mempersoalkan tindakan individu berkenaan menggunakan nama yang sama kerana mendakwa ia adalah eksklusif untuk anaknya sahaja.

"Ini tiru nama anak saya? Tulisan dan panggilannya juga sama. Mungkin anda perlu menjadi lebih kreatif. Saya bersusah payah memikirkan nama ini.


Pesanan yang dihantar Franda menerusi dm ke akaun @zylvechia_kimberly.

"Saya berusaha mencari nama yang bagus untuk anak saya, tapi ditiru begitu sahaja oleh orang lain untuk anaknya pula," komen Franda pada posting di akaun berkenaan.

Franda bukan sahaja menulis rasa tidak puas hati pada ruangan komen, malah dia juga bertindak menghantar mesej peribadi (DM) kepada pemilik akaun terbabit.

Kali ini kata-kata Franda dilihat lebih kasar dan mesej berkenaan tular di media sosial.

"Serius... bayi kamu tidak layak dinamakan dengan nama itu. Saya cipta sendiri nama itu, tidak cari dalam buku. Saya mencipta nama yang unik dan tidak ada sesiapa pun pernah menggunakannya.

"Tapi kamu ambil nama itu dan menamakan untuk anak kamu. Ejaan yang sama, panggilan yang sama dan kamu kelihatan sangat bangga. Pernah rasa atau tidak bagaimana sakitnya?


Bapa kepada kanak-kanak tampil memberi penjelasan.

"Sebagai ibu bapa, kamu tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita kan? Nama Zylvechia adalah hadiah untuk anak saya. Selama berbulan-bulan ketika saya hamil, saya cuba mencipta dan mencari nama yang terbaik untuk anak saya.

"Saya cari nama yang tiada seorang pun gunakan. Tapi senangnya kamu guna begitu sahaja," luah Franda kepada ibu kanak-kanak tersebut.

Susulan itu suami kepada wanita yang dimarahi Franda itu tamil menjelaskan situasi sebenar bagaimana pertikaian itu berlaku.

Jelas bapa kepada bayi tersebut, pada mulanya dia memang tidak berniat untuk menamakan anaknya dengan nama Zylvechia.

Menurutnya, dia sudah mempunyai nama lain namun isterinya yang merupakan peminat kepada Franda menyukai nama anak selebriti itu lalu dia akhirnya bersetuju menamakan juga anaknya dengan Zylvechia.

Terdahulu, pasangan Franda dan suami, Samuel Zygwyn melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zylvechia Ecclesie Heckenbucker pada 29 April tahun lalu.

SUMBER- KapanLagi.com

Franda, bengang, Zylvechia

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain