suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Khabar angin itu benar!” - Kakak G-Dragon bakal kahwini Kim Min Joon

Kakak kepada G-Dragon iaitu Dami Kwon bakal mengahwini aktor Kim Min Joon. -Foto Allkpop

KHABAR angin kononnya Kim Min Joon bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dami Kwon pada Oktober depan terjawab apabila agensi naungan aktor itu mengesahkan mengenai berita tersebut.

Menurut laporan Soompi, pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang secara tertutup pada 11 Oktober depan.

"Khabar angin perkahwinan Kim Min Joon adalah benar. Majlis secara tertutup akan diadakan di Seoul.

"Memandangkan ini majlis peribadi, kami akan bagi maklumat lebih lanjut setelah berlangsung, sekali lagi terima kasih atas perhatian kalian," kata agensi Family Ent.

Sebelum ini, Kim mengumumkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta pada Jun lalu.

Beberapa bulan kemudian, media tempatan melaporkan kononnya mereka sedang membuat persiapan untuk berkahwin.

Kim Min Joon mula dikenali menerusi drama Damo serta filem Tazza: The High Rollers dan Top Star.

Manakala, Dami Kwon merupakan seorang ikon fesyen berjaya dan dia pernah tersenarai sebagai 500 orang paling berpengaruh dalam industri fesyen Korea Selatan pada tahun 2017.

SUMBER: Soompi

Kim Min Joon, Dami Kwon

Artikel Lain