suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga tahun bercinta, Kan Mi Yeon dan Hwang Ba Wool kahwin November depan

Pasangan ini bakal mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada 9 November depan.

SELEPAS menyulam cinta selama tiga tahun, penyanyi Kan Mi Yeon dan pelakon muzikal Hwang Ba Wool bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Menerusi laporan Soompi, pasangan selebriti itu akan mengadakan majlis tersebut secara tertutup pada 9 November depan.

Agensi pengurusan Kan Mi Yeon juga mengesahkan perkara tersebut dan berharap peminat mereka mendoakan yang terbaik.

"Hello, Kan Mi Yeon bakal mengadakan majlis perkahwinan di Dong Soong Church, Seoul pada 9 November depan.

Kan Mi Yeon dan Hwang Bo Wool menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

"Tolong doa yang baik-baik dan berharap hubungan mereka berpanjangan," katanya.

Majlis perkahwinan pasangan itu akan didakan di Dong Soong Church, Seoul yang akan dihadiri keluarga serta rakan terdekat.

Biarpun usia pelakon itu tiga tahun lebih muda daripada Kan Mi Yeon namun ia bukan penghalang untuk mereka menjadi pasangan suami isteri.

Kan Mi Yeon, Hwang Bo Wool

Artikel Lain