suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nick Jonas buka cerita, Beauty and The Beast ‘jodohkannya’ dengan Priyanka Chopra

Nick Jonas imbau perkenalan pertama dengan isterinya, Priyanka Chopra

PENYANYI Nick Jonas melalui Instagram menitipkan kata-kata manis buat isterinya, Priyanka Chopra sempena ulang tahun pertama perkenalan mereka.

Nick, 27, berkata dia tidak menyangka kunjungannya ke Hollywood Bowl untuk menonton persembahan Beauty and The Beast tahun lalu akhirnya mengubah kehidupannya.

Posting Nick Jonas di Instagram.

"Setahun yang lalu saya pergi menonton persembahan Beauty and The Beast di Hollywood Bowl dengan teman-teman dan salah seorang daripada mereka ialah wanita yang akhirnya menjadi rakan baik dan akhirnya isteri saya.

"Saya sangat bersyukur dengan perjalan hidup kami setakat ini. Anda (Priyanka Chopra) membuat saya tersenyum setiap hari. Saya amat berbangga menjadi suamimu," tulis Nick.

Pasangan yang mempunyai jarak umur selama 10 tahun ini mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

Mereka cuma bertunang selama dua bulan selepas pertemuan pertama itu.

nick jonas, priyanka chopra

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia