suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ARMY serang pemilik restoran kerana muat naik video BTS makan

BTS memiliki peminat yang ramai seluruh dunia.

PEMILIK restoran yang menyediakan makanan Korea di New York, Amerika Syarikat diserang peminat BTS di laman sosial gara-gara memuat naik video ahli kumpulan itu sedang menikmati makan malam.

Menurut portal Variety, peminat yang menggelarkan diri mereka ARMY itu menganggap tindakan pemilik restoran itu melanggar hak privasi ahli kumpulan tersebut.

Sebagai balasan, peminat membuat ulasan mengenai restoran bernama Baekjeong itu dengan memberikan rating rendah di aplikasi pencarian Yelp.

Difahamkan, boyband berasal dari Korea Selatan ini menikmati hidangan makan malam di restoran tersebut pada Selasa.

Pemilik restoran iaitu Bobby Kwak dalam diam merakam video BTS sedang menjamu selera dan memuat naik di media sosial miliknya.

Malah, ada peminat berasa kurang senang dengan kapsyen ditulis Bobby lalu mereka menyerbu aplikasi Yelp dan memberi kritikan mengenai restoran tersebut.

Tidak lama kemudian, Bobby membuat permohonan maaf di laman sosialnya dan menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan kamera tersembunyi.

Namun, peminat masih belum boleh menerima maaf tersebut dan terus menyerang dan meluahkan kekesalan di ruangan komen.

SUMBER: Variety & CNN

BTS, ARMY

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia