suria

Baharu 7 bulan dibuka, IG Jennie kini 12 juta pengikut

BAHARU tujuh bulan membuka akaun Instagram peribadi, ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie sudah mendapat 12 juta pengikut.

Foto pertama Jennie yang dimuat naik pada Jun 2018.

Bagaimanapun, akaun tersebut jarang dikemas kini wanita itu berikutan kesibukannya menjalani konsert jelajah.

Selain itu, dia yang menjalinkan hubungan cinta dengan Kai EXO yang bertahan hanya sebulan itu membuatkan dia enggan berkongsi perkara peribadi di laman sosial.

Kali terakhir dia memuat naik foto di laman sosial itu iaitu pada 16 Januari 2019.

Rata-rata peminat menurunkan komen rindu terhadap bintang yang semakin popular itu dan mahu mengetahui kehidupan peribadinya.

Jennie, Blackpink

Artikel Lain