suria

Cinta Jennie (Blackpink), Kai (EX0) tak sampai sebulan

KURANG sebulan mengumumkan hubungan percintaan, ahli kumpulam EXO, Kai dan Jannie Blackpink kini dikhabarkan sudahpun putus.

Pihak pengurusan SM Entertainment mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Putus ketika bercinta adalah perkara biasa dan kehidupan perlu diteruskan. Jannie melalui perkara sedih itu dengan profesional,” ujar kenyataan itu.

Jannie muncul dalam keadaan tenang bersama kumpulannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk rangkaian konsert mereka.

Blackpink baharu menjayakan konsert di Indonesia dan bakal menghiburkan peminat di Hong Kong hujung minggu ini.

Sumber: Soompi

Jennie Blackpink, Kai EXO

Artikel Lain