suria

Chris Brown dituduh rogol model, Justin Bieber pula dikecam

Justin Bieber dikecam kerana menunjukkan sokongan terhadap Chris Brown yang sedang berhadapan dengan tuduhan merogol.

PEMINAT kesal dengan tindakan Justin Bieber apabila bintang pop terkenal itu menunjukkan sokongan kepada rakan baiknya, penyanyi Chris Brown yang kini berhadapan dengan tuduhan merogol seorang wanita di Paris.

Justin secara terbuka meninggal komen di Instagram Chris yang jelas menyokongnya walaupun ramai mengecam Chris ekoran tuduhan terbaharu itu.

"Sokongan anda terhadap perogol, kaki pukul perempuan membuatkan saya rasa sakit hati.

"Saya sentiasa meminati anda dan perkara ini sangat mengecewakan," tulis peminat di laman sosial.

Pada Selasa lalu, Chris bersama dua individu lain termasuk pengawal peribadinya ditahan atas tuduhan menyalahgunakan bahan terlarang dan merogol.

Penyanyi itu bagaimanapun dibebaskan tanpa jaminan dan dibenarkan untuk pulang ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Chris hanya pulang ke negaranya pada Khamis sejurus selepas menyelesaikan rakaman muzik videonya di Paris.

Menegaskan dia tidak bersalah, penyanyi berusia 29 tahun itu memberitahu akan memfailkan saman terhadap wanita berkenaan yang juga seorang model. - COSMOPOLITAN

Justin Bieber, Chris Brown

Artikel Lain