suria

Deepika Padukone pernah derita masalah kemurungan

Deepika dedah pernah mengalami kemurungan dan menerima rawatan pada 2015.

PELAKON Deepika Padukone sentiasa mengambil perhatian apabila melibatkan isu masalah kemurungan dan kebimbangan.

Menurut laporan Times Of India, Deepika juga telah memujudkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu dan memberi kesedaran kepada masyarakat yang berhadapan dengan masalah itu.

Malah, pelakon itu sendiri pernah mengalami masalah kemurungan dan terpaksa menjalani rawatan pada 2015.

Baru-baru ini Deepika ada menulis mengenai masalah yang dialaminya di ruangan yang diterbitkan oleh sebuah majalah.

Menerusi ruangan tersebut, Deepika berasa beruntung kerana dia mendapat bantuan dan sokongan daripada orang tersayang pada waktu yang tepat.

Tambahnya Deepika, dia turut menyedari masih ada ramai orang sepertinya yang menderita penyakit itu secara dalam diam.

Isteri kepada Ranveer Singh ini memberitahu sesiapa sahaja yang mengalami masalah itu, mereka tidak keseorangan kerana ada ramai pihak yang sudi membantu.

Deepika Padukone

Artikel Lain