suria

Mindy Kaling Timang Bayi Perempuan

Mindy masih merahsiakan identiti ayah kepada bayinya.

PELAKON Mindy Kaling telah selamat melahirkan bayi perempuan sulung yang diberi nama Katherine Kaling pada 15 Disember lalu.

Menerusi portal E! News, Mindy telah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman dia hamil pada bulan Julai lalu.

"Saya nak jadi seorang ibu yang periang. Jadi kalau boleh, saya nak jadi baik dan dalam pada yang sama seronok, saya rasa ia sangat bagus," kata Mindy.

Mindy seorang yang sangat menjaga privasi dan sehingga kini masih tidak memberitahu identiti ayah kepada bayinya.

Mindy Kaling

Artikel Lain