suria

Westlife Tidak Akan Bergabung Semula

Westlife tidak akan bergabung semula namun tidak menolak akan mengadakan konsert jelajah dunia bagi menyambut ulangtahun ke-20 kumpulan itu tahun hadapan.

BEKAS anggota Westlife, Mark Feehily memberitahu tiada sebarang perancangan untuk kumpulan itu bergabung semula.

Kata Mark, mereka mungkin akan kembali bersatu bagi menyambut ulangtahun ke-20 penubuhan Westlife menerusi konsert jelajah dunia pada tahun hadapan.

"Ada pihak menawarkan kami cek kosong untuk kami isikan jumlah bagi memastikan kami bersatu semula. Tetapi ini bukan soal wang.

"Kami tiada perancangan untuk bersatu semula, bukan sekarang. Kami ada terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan sebagai individu.

"Konsert jelajah dunia bagi menyambut ulangtahun Westlife yang ke-20 mungkin akan berlaku," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Bagaimanapun kata Mark, salah seorang anggota asal Westlife, Brian McFadden tidak akan menyertai konsert jelajah itu nanti.

"Saya rasa semua orang nampak Westlife hanya mempunyai empat orang anggota. Brian telah meninggalkan Westlife lama dahulu.

"Jadi tidak mungkin dia akan menyertai konsert itu nanti," jelasnya.

Untuk rekod, Westlife adalah kumpulan paling berjaya dalam sejarah muzik di United Kingdom.

Enam album mereka berjaya menduduki tangga pertama selain 14 buah lagu mereka turut mencapai kejayaan sama.

Westlife berpecah secara rasmi pada 2012.

Westlife

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain