suria

Pengikut Instagram Lebih Tertarik Tubuh Justin Bieber

Tubuh seksi Justin Bieber membuatkan peminat terpukau

AKSI penyanyi Justin Bieber sedang menghias pokok krismas di rumahnya mencuri tumpuan peminat di laman sosial.

Menerusi satu muat naik di Instagram, Justin berkongsi video dia sedang sibuk membuat persediaan menjelang hari perayaan Krismas yang bakal disambut 25 Disember ini.

Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah dekorasi pada pokok tersebut, sebaliknya penampilan Justin Bieber yang tidak berbaju.

Menurut portal Tabloid Bintang, rata-rata pengikut terutamanya wanita meninggalkan komen terpesona melihat tubuh Justin berbanding pokok yang dihias indah itu.

Aksi Justin Bieber sedang menghias pokok krismas mencuri tumpuan netizen.

"Menghias pokok tanpa memakai baju akan membuatkan tahun baharu menjadi lebih baik buat Justin," kata lilmasonpomchi.

"Inilah yang saya mahukan sebelum menyambut musim perayaan dan antara benda paling seksi pernah saya tengok!," tulis olagrudzien pula.

Sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat mengenai perancangan Justin Bieber dalam menyambut perayaan Krismas.

Ada juga pengikut yang tertanya-tanya sama ada penyanyi lagu Baby ini akan meraikannya bersama Selena Gomez atau pun tidak.

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain