suria

Perhatian Luar Biasa Buat Gong Yoo Tertekan

Gong Yoo mengakui tertekan dengan perhatian luar biasa diberikan kepadanya.

TAHUN 2017 memberi impak berbeza kepada karier pelakon terkenal Gong Yoo selepas drama lakonannya Goblin mendapat sambutan luar biasa daripada peminat di seluruh dunia.

Malah namanya menjadi rebutan produksi untuk berlakon dalam drama dan filem terbitan mereka seperti A Man and a Woman, Train To Busan dan The Age of Shadows.

Bagaimanapun dalam satu temu bual bersama majalah Elle Korea, Gong Yoo mendedahkan ia mula memberi kesan kepada kehidupan peribadinya selepas semua projek itu berakhir.

Jelasnya, dia mengalami masalah untuk membiasakan diri dengan segala perhatian diberikan terhadapnya selain bimbang ia akan lenyap begitu sahaja daripadanya.

"Ada masanya saya rasa patah semangat dengan semua 'kegilaan' yang berlaku di sekililing saya. Ia juga membuatkan saya tertekan.

"Orang melihat apa yang dipaparkan kepada mereka tetapi disebalik itu mereka tidak mengetahui betapa sukarnya buat diri saya," katanya.

Sementara itu, Gong Yoo berkata, dia berharap kejayaan dikecapinya pada tahun ini akan berterusan pada 2018 kerana masih banyak perkara yang ingin dilakukannya sementara masih diterima peminat.

"Harap-harap ada kejayaan lain untuk saya pada tahun hadapan tetapi biarlah kurang tekanan!," ujarnya.

Gong Yoo, Goblin

Artikel Lain