suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

The Chainsmokers Tampil Dalam Album BTS

BTS dan The Chainsmokers bakal bekerjasama dalam single terbaharu mereka.

KUMPULAN BTS dilaporkan akan berkolaborasi dengan The Chainsmokers melalui album mereka akan datang.

Menurut kenyataan daripada syarikat agensi BTS iaitu Big Hit Entertainment, album berkenaan berjudul Love Yourself 'Her' dijangka akan diterbitkan pada 18 September depan.

BTS bertemu dengan The Chainsmokers buat kali pertama pada Anugerah Muzik Billboard (BBMA) 2017 pada Mei lepas.

Setelah pertemuan itu, BTS dilaporkan sering berkomunikasi dengan duo DJ berkenaan dan saling bertukar-tukar idea mengenai muzik.

Menurut portal Koreaboo, lagu kolaborasi mereka yang berunsurkan elemen eletronic dance music (EDM) berjudul Best of Me akan dilancarkan serentak dengan album berkenaan.

BTS sebelum ini menjadi sebutan di peringkat antarabangsa setelah berjaya menewaskan Justin Bieber dalam kategori Top Social Artist di BBMA 2017.

BTS, The Chainsmokers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain