suria

Wajah Ceria Angelina Jolie Hadiri Festival Filem

Angelina ditemani anak-anaknya semasa menghadiri Festival Filem Antarabangsa Toronto.

PELAKON terkenal Hollywood Angelina Jolie mempamerkan wajah ceria ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Antarabangsa Toronto pada Ahad lalu.

Menurut portal hiburan E News Online, Angelina Jolie, 41, hadir ke acara tersebut bersama lima orang anaknya.

Aksi bersahaja anak-anak Angelina di karpet merah turut mencuri tumpuan lensa kamera.

Angelina dan anak-anak ceria ketika melalui karpet merah.

Dalam pada itu, kehadiran pelakon filem Lara Croft: Tom Rider pada acara kemuncak tersebut membuatkan peminat berasa lega kerana aktres ini seakan-akan sudah 'move on' dengan isu penceraian bersama Brad Pitt.

Pasangan itu berkahwin pada 2014 dan telah bercerai pada 15 September tahun lalu.

Mereka mempunyai enam cahaya mata iaitu Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11,  Vivienne, 8, Shiloh, 10 dan Knox, 8.

Dalam perkembangan yang lain, Angelina Jolie bakal muncul dalam filem The Breadwinner yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 17 November depan.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain