suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez Belanja RM130,000 Untuk Majlis Hari Jadi The Weeknd

PENYANYI Selena Gomez dilaporkan menganjurkan majlis kejutan untuk menyambut ulang tahun kekasihnya The Weeknd yang ke 27 pada Khamis lalu.

Seperti dipetikTMZ, bekas bintang Disney itu membelanjakan sebanyak USD $30,000 iaitu kira-kira RM133,000 untuk sambutan mewah tersebut.

Majlis hari jadi itu diadakan secara besar-besaran di Dave & Buster, Hollywood.

Beberapa rakan artis turut kelihatan seperti French Montana, 2 Chainz, Big Sean, Travis Scott (II), Migos dan Bryson Tiller.

Majlis itu bermula kira-kira pukul 11 malam hingga pukul 4 pagi.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hands to Myself tidak hadir dan berada di New York untuk menghadiri acara New York Fashion Week.

Namun, penyanyi itu memastikan semua caj perbelanjaan itu diletakkan atas namanya.

Selena Gomez, The Weeknd

Artikel Sebelum

Artikel Lain