Yoo Ah In Tunda Latihan Ketenteraan Selepas Disahkan Kanser Tulang - Bintang Global | mStar

Yoo Ah In Tunda Latihan Ketenteraan Selepas Disahkan Kanser Tulang

Yoo Ah In dilaporkan menghidap kanser tulang.

PELAKON Yoo Ah In dilaporkan mengalami penyakit kanser tulang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memasuki latihan ketenteraan.

Seperti dipetik kenyataan daripada agensi, UAA Entertainment, aktor itu terpaksa menunda tugasan ketenteraan selepas disahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, pihak hospital masih lagi membuat pemeriksaan terperinci terhadap penyakit berkenaan.

Selain itu, wakil tentera Korea Selatan mengesahkan menerima berita penundaan pelakon itu untuk terlibat dalam program berkenaan.

"Kami masih memeriksa lebih terperinci penyakit yang dihadapinya itu, namun setakat ini kami bersetuju untuk menunda latihan wajib itu," ujarnya.

Yoo Ah In mengalami cedera bahu ketika penggambaran filem Tough As Iron pada tahun 2013.

Cedera berkenaan semakin parah ketika penggambaran filem Veteran pada tahun 2015 lalu.

Yoo Ah In

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Bekas pemain Manchester United bersara

Bidaan nombor ALL 1 paling top!