suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manny (Varsity) Dikatakan Beragama Islam

SALAH seorang ahli kumpulan baharu Varsity yang diperkenalkan Januari lalu iaitu Manny dilaporkan beragama Islam.

Manny yang berasal dari China itu disyaki sebagai seorang muslim selepas dia mengakui tidak makan daging babi.

Menerusi sebuah temubual program televisyen salah seorang daripada 12 ahli kumpulan itu mendedahkan Manny tidak boleh makan makanan tersebut.

"Ada seorang ahli kami yang tidak boleh makan daging babi, ia adalah Manny (sambil menunjukkan Manny yang berdiri pada bahagian hujung), dia seorang Muslim," ujar ahli kumpulan berkenaan.

Video temubual tersebut kemudian menjadi tular di laman sosial dan menerima puluhan ribu tontonan.

Manny yang lahir pada tahun 2001 itu turut menerima pesanan netizen agar tidak lupa menunaikan sembahyang dan berharap ahli kumpulan lain menghormati agama yang dianutinya.

Manny Versity

Artikel Lain