suria

Robert Voughn Meninggal Dunia Pada Usia 83

Robert Vaughn

LOS ANGELES: Pelakon yang terkenal dengan watak Napoleon Solo, Robert Vaughn dalam siri perisikan televisyen Amerika Syarikan (AS), The Man from U.N.C.L.E meninggal dunia pada Sabtu pada usia 83 tahun.

Seperti dipetik majalah Deadline Hollywood, beliau menderita penyakit leukmia telah menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya di New York.

"Vaughn menghembuskan nafas terakhirnya dengan anggota keluarga berada di sisinya," kata pengurusnya, Matthew Sullivan.

Pelakon terkenal itu meninggalkan isteri, Linda, anak lelaki, Cassidy dan anak perempuan, Caitlin.

Vaughn menjadi perhatian selepas dicalonkan untuk Anugerah Oscar kerana wataknya dalam The Young Philadelphians pada tahun 1959.

Setahun kemudian, dia berlakon sebagai lelaki bersenjata yang diburu dalam filem popular Barat, The Magnificent Seven.

Vaughn meraih populariti dalam siri televisyen terutama melakonkan watak periang dan bergaya Napoleon Solo - versi James Bond dalam televisyen dalam The Man from U.N.C.L.E.

Siri tersebut adalah salah satu siri paling popular pada era 1960-an sehingga mengangkat Vaughn sebagai bintang antarabangsa.

Selepas siri televisyen itu tamat, dia kembali semula ke layar perak dalam beberapa filem termasuk bersama aktor Steve McQueen dalam Bullitt, sebelum kembali semula ke rangkaian televisyen.

Artikel Lain