suria

Bekas Kekasih Kim Hyun Joong Tak Puas Hati Keputusan Mahkamah

Kim Hyun Joong sepatutnya menerima wang pampasan daripada bekas kekasihnya atas kesalahan memfitnah.

KES mahkamah melibatkan Kim Hyun Joong dan bekas kekasihnya masih belum berkahir apabila wanita itu memfailkan rayuan berhubung arahan membayar pampasan kepada pelakon dan penyanyi itu.

Soompi melaporkan 24 Ogos lalu wanita yang dikenali sebagai A itu memfailkan tuntutan tersebut selepas mahkamah memerintahkan dia perlu membayar wang berjumlah USD91,400 (RM365,600) kepada Hyun Joong.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati A bersalah kerana memfitnah dan menyebabkan tekanan perasaan terhadap Hyun Joong.

Sebelum ini A memfailkan sama berjumlah USD1.5 juta (RM6 juta) kerana telah menyebabkan tekanan emosi akibat keguguran dan dikassari oleh lelaki itu.

Bagaimanapun mahkamah mendapati bukti dikemukan oleh A adalah meragukan dan menolak permohonan itu.

Kim Hyun Joong

Artikel Lain