suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Gyuri Nafi Kumpulan Kara Sudah Bubar

KARA

PENGUMUMAN agensi DSP Media tentang pembubaran kumpulan Kara pada Januari lalu mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat-peminat kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, ketua kumpulan itu Park Gyuri menerusi temuramah Herald POP pada Khamis menegaskan kumpulan itu masih wujud dan tidak akan bubar seperti diberitahu.

Katanya, apa yang dimaksudkan oleh pihak pengurusan bahawa beberapa ahli sudah berpindah dibawa pengurusan lain.

"Kara tidak bubar!, apa yang dikatakan bubar bermaksud kami berada dibawah pengurusan syarikat lain sahaja.

"Namun saya dan ahli-ahli lain masih selalu berhubung dan berbincang tentang kerjaya seni," ujarnya.

Tambah Gyuri, mereka berjanji bakal keluar dengan album baharu buat peminat-peminat setia kumpulan itu tidak lama lagi.

"Kami sudah tidak lagi dibawah pengurusan yang sama, jadi mungkin dari sudut promosi agak sukar sedikit," ujarnya.

Gyuri, Seungyeon, dan Hara kini berada dibawah pengurusan baharu. Sementara Youngji masih di DSP Media dan bakal keluar single secara solo.

KARA

Artikel Lain