suria

Kes Cerai Belum Selesai, Megan Fox Hamil Anak Ketiga

Megan Fox dan suaminya Brian Austin Green bakal mendapat anak ketiga.

BINTANG filem Megan Fox mengesahkan khabar angin sebelum ini yang mengatakan dia kini hamil anak ketiganya.

Wanita berusia 29 tahun ini memberitahu media ketika hadir dalam acara Cinema Con di Los Angeles, Amerika Syarikat, Isnin lalu.

Dia yang mengayakan gaun warna hitam dengan perut yang jelas sedang hamil beberapa bulan.

Bagaimanapun, menjadi tanda tanya apabila proses perceraian dia dan suaminya Brian Austin Green pada Ogos 2015 masih belum selesai.

Mahkamah belum memutuskan bahawa pasangan ini berpisah atau tidak.

Sehingga kini, Megan belum memberi keterangan ketang status hubungan rumah tangganya kepada umum.

Namun pasangan yang dikatakan bakal bercerai ini masih lagi kelihatan keluar bersama-sama dan hidup bahagia seperti pasangan suami isteri lain.

Megan Fox

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain