suria

Rumah Keluarga Song Joong Ki Jadi Perhatian Pelancong

Rumah ibu bapa Song Joong Ki menjadi tumpuan pelancong semenjak namanya mendapat perhatian menerusi drama Descendant of the Sun.

RUMAH keluarga pelakon Song Joong Ki dilaporkan menjadi perhatian pelancong sejak drama lakonannya Descendents of the Sun menjadi fenomena.

Soompi melaporkan setiap hari kediaman tersebut dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Rumah kampung yang terletak di Daejeon itu pada asalnya milik datuk Joong Ki dan seterusnya diwariskan kepada ibu bapa pelakon itu.

Peminat bergambar dihadapan rumah ibu bapa Song Joong Ki.

"Semenjak nama Joong Ki popular peminat ingin mengetahui semua tentangnya dan tidak hairan apabila rumah keluarganya turut menjadi perhatian.

"Kampung kami kini meriah dengan kehadiran pelancong setiap hari semata-mata ingin bergambar di hadapan rumah tempat Joong Ki dibesarkan," kata salah seorang penduduk di situ.

Malah pelancong turut berkerumun di sebatang pokok yang dikenali sebagai Yeollimok yang mana menjadi tempat kegemaran Joong Ki jika pulan ke kampung.

Song Joong Ki

Artikel Lain