suria

Gambar Romantik Tepis Gosip Sulli Putus Cinta

Sulli dan Choiza sedang bercuti di Pulau Jeju.
PELAKON Sulli bertindak memuat naik gambar mesra bersama teman lelakinya, Choiza selepas pasangan itu dikatakan sudah berpisah.

Soompi melaporkan Sulli turut menulis kata-kata romantis kepada Choiza bagi menunjukkan rasa cintanya kepada lelaki itu.

Sulli turut memberitahu mereka kini sedang bercuti di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Sulli berbuat demikian sebagai cara menjawab kononnya hubungannya dengan Choiza sudah berakhir selepas dia bertindak berhentik mengikut (unfollow) kesemua akaun rakan-rakannya di Instagram.

Sejak itu, gosip bertebaran mengatakan tindakannya itu kerana patah hati memandangkan dia turut berhenti mengikut akaun Choiza.

Sulli, Choiza

Artikel Lain